Patrick Toh Hina Islam!

Wednesday 16 January 2013



Kini, timbul pula isu terbaru apabila seorang selebriti dan juga aktor dari Malaysia iaitu Patrick Teoh telah mengeluarkan kenyataan sensitif sehingga menimbulkan kemarahan para peminat dan artis-artis lain.

Melalui laman Twitter rasmi AC Mizal, beliau secara terbuka mengecam dan memarahi Patrick Teoh yang telah menimbulkan kontroversi menerusi kenyataannya yang menyentuh sensitiviti penganut agama Islam negara ini.
Untuk pengetahuan, Patrick Teoh pernah berlakon bersama AC Mizal dalam filem “Baik Punya Cilok” dan juga Awie dalam filem “Sumolah”.
Screen Shot 2013-01-16 at 12.14.53 PM
Screen Shot 2013-01-16 at 12.14.32 PM
Selain AC Mizal, antara artis-artis lain yang turut mengecam kenyataan Patrick Teoh termasuklah Tomok dan juga Danny X-Factor. Anda boleh baca kenyataannya disini.
Screen Shot 2013-01-16 at 12.15.07 PM
Walau bagaimana pun, atas nasihat individu yang dipercayainya, Patrick Teoh telah mengambil keputusan untuk memadam kenyataan tersebut yang ditulis di laman Facebook-nya. Dia kemudian meminta maaf dan menjelaskan tidak mempunyai niat lain selain bergurau

Lindsay Lohan Liar sebab Dahulunya Ibunya Pernah Dirogol



Dina Lohan yang merupakan ibu kepada pelakon liar Hollywood, Lindsay Lohan, memberitahu bahawa perlakuan liar anaknya itu adalah disebabkan pernahnya berlaku insiden gelap ketika Lindsay berada di zaman kanak-kanaknya.

Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Dina mengambil keputusan untuk membuka mulut dengan berkata, perlakuan liar anaknya itu berpunca dari sikap bapanya sendiri, Michael Lohan yang sangat kasar.

Dina turut mendedahkan bahawa dia pernah dirogol oleh Michael pada tahun 1990 yang pada ketika itu berada di bawah pengaruh dadah. Ketika itu Lindsay tidur sebilik dengannya.

Walaubagaimanapun, kejadian yang dikatakan berlaku selepas mereka berpisah itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak Michael yang berkata tidak pernah melakukan kekerasan sepanjang perkahwinan ataupun selepas berpisah.

Himpunan Belia 2012: Dua Penonton Cedera Parah!

Tuesday 15 January 2013



Tragedi di Himpunan Sejuta Belia – Drag Racing Tajaan Umno-APCO
Dua orang cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku ketika sessi Drag Racing diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.
Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal.
Penganjur perlumbaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi sejurus insiden tersebut bahawa tiada kematian dilaporkan dan keadaan penonton yang cedera masih belum dapat disahkan.
Apa yang dikesalkan, penganjur tidak menyediakan kawalan keselamatan secukupnya, apabila penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan, dan hanya sebuah ambulans sahaja disediakan sebagai langkah keselamatan manakala pihak polis pula langsung tidak ada di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, sumber yang belum disahkan mengatakan seorang penonton maut dan kesahihan mengenainya masih dalam siasatan.
p/s : inilah akibatnya apabila program dipenuhi dgn maksiat, Allah tidak menurunkan barakah…
Takziah kepada mangsa dan keluarga. Tengok gambar dibawah ! Bangga sungguh !
Pengisian rohani dengan mendengar muzik? Habis apa guna zikir, baca al-quran, dengar tazkirah? atau aku ini ketinggalan zaman?

VIDEO KELAKAR!! PARODY"LISTEN!" SHARIFAH ZOHRA

Monday 14 January 2013

VIDEO KELAKAR!! PARODY"LISTEN!" SHARIFAH ZOHRA


Semoga Che Pah terhibur dengan apa yang telah dihasilkan..
semoga terhibur k..
ENJOY!!


Sharifah Zohra Jabeen menjawab di twitter

Pah.

Oooo Pahhhh..

Kenapa duduk dalam dewan debat dan bercakap sorang2? Kena kunci pintu dewan debat dan taknak bagi orang masuk? Pah nak berdebat dengan sapa tue Pah?

Jaws?

Kucing?

Buaya?

Burung auk auk?

Anjing?

Tikus?

kah kah kah



Pah, jangan sorokkan diri Pah. Tak berapa lama ko nak buat forum macam mana nak cari duit sejuta meskipun ko takde sejuta dalam bank kan Pah kan? Orang bebal je dengar cakap2 ko Pah kat dalam forum tue.


Orang bijak tahu. Kalau aku nak tips untuk cari sejuta pun mestilah dari mereka yang dah terbukti ada sejuta dalam bank. Kalau tips ko bagus sangat napa ko sendiri takde juta2 dalam bank?

kah kah kah

Apa pun Pah listen to me, bn yang ko dok agung2kan sekarang pun tak bekap kau. Menteri2 bn seme tinggalkan kau. Bersusah payah ko jadi kulibatak dorang, mempertahankan dorang, mempertahankan kepimpinan bn, last2 bila dah jadi macam neh orang bn sendiri tinggalkan kau. Apa yang ko rasa cik pah listentome ? Sakit ahti tak? PADAN LA MUKA.

KAH KAH KAH 

Oke la pah, sebelum aku nak blah neh, dengar citer ko expert bab masalah2 binatang. Pe kata ko tolong babi settlekan masalah dorang. I bet you know that babi pun ada masalah gak kan? Please pah, please help babi to solve its problem oke.

kah kah kah 

Zed Zaidi Terima Anugerah RELA


Zed Zaidi menyifatkan pentauliahan pangkat Leftenan Kolonel (Kehormat) Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) semalam untuk majlis pemakaian pangkat dan watikah pelantikan Rela Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) kepada 53 individu yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jalan Duta adalah lebih bernilai daripada pengiktirafan seni.

Zed berbesar hati apabila perjuangan secara sukarela dalam mempertahankan hak anak seni tempatan sejak tahun lalu mendapat pengiktirafan kerajaan.

“Saya tidak pernah harap anugerah seni tetapi anugerah daripada kerajaan atau negara seperti ini cukup besar nilainya. Kalau dapat anugerah seni pun nilainya tidak setinggi ini,”.

“Alhamdulillah, tanggungjawab sosial saya dalam memperjuangkan hak anak seni dan menentang kemasukan artis luar secara tidak sah mendapat perhatian.

“Tanggungjawab sebagai Presiden Seniman bukan mendapat gaji tetapi ia adalah sumbangan secara sukarela kepada bidang seni.

“Selepas ini, saya akan berjuang habis-habisan terutama dalam memantau kemasukan artis luar agar mereka mengikut saluran yang betul,” katanya. -sumber

Ular Berkepala Dua Tetapi Tidak Berekor


Seekor ular telah ditemui dalam bentuk fizikal yang pelik. Ular ini mempunyai fizikal berkepala dua tetapi tidak mempunyai ekor kerana kepala ular tersebut berada di kedua-dua hujung pangkal.


Melayukini.net – Pelik! Ular Berkepala Dua Tetapi Tidak Berekor? | Sebelum-sebelum ini kita banyak mendengar tentangular berkepala dua, berkepala tujuh dan lain-lain lagi. Namun itu semuanya kepala bercabang, tetapi kali ini adalah seekorular yang mempunyai dua kepala di bahagian kedua-dua pangkal. Oleh itu, ia dikenali sebagai ular yang tidak berekor.  Menurut agensi berita tersebut, ular kecil itu ditemui oleh beberapa pekerja di rumah Savanna Logan dan adik lelakinya, Preston yang sangat meminati haiwan. Jom tonton video di atas.
Kedua beradik itu berkata, mereka sering membawa ular yang unik tersebut ke sekolah untuk ditunjukkan kepada kawan-kawan sejak haiwan itu ditemui.
Jabatan biologi berdekatan Sekolah Tinggi Ware Shoals mendapati, ular berkenaan merupakan sejenis ular tanah yang berkulit kasar.
Ibu kedua beradik itu, Tina Stewart berkata, satu daripada kepala ular itu lebih besar dan mendominasi kepala yang satu lagi, namun kedua-dua kepalanya boleh berfungsi.
“Jika kepala ular yang besar ingin melakukan sesuatu, maka satu lagi kepala akan melakukan perkara bertentangan,” katanya.
Meskipun mempunyai dua kepala, ular terbabit yang dikenali dengan nama saintifiknya, Virginia striatula, tidak berbisa dan tidak berbahaya kepada manusia.
Makanan utama ular tersebut adalah cacing tanah dan serangga kecil serta mampu membesar antara 22 sentimeter hingga 35 sentimeter.

Beza Saman AES di Malaysia (24 Jam Setiap Hari) VS AES Amerika (6am-9pm Waktu Bekerja Sahaja)?

Tuesday 13 November 2012


Saman AES bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Amerika contohnya di Chicago. Tujuan utama pelaksaan saman AES ini agak baik di Malaysia, mahu mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia yang mana menyebabkan kerajaan rugi setiap tahun sejumlah RM9 bilion (kata Timbalan menteri Pengangkutan).
Dan kami sebaenarnya tidak sama sekali menolak terus AES ini. Tetapi kami mahukan sistem saman AES diteliti semula apabila melihatkan pelaksanaannya agak canggung, ramai yang mempertikaikannya. Kami juga sama sekali tidak akan menerima atau menolak bulat-bulat tanpa bersebab…..

Perbezaan Saman AES di Amerika (Chicago) VS Saman AES di Malaysia?

Semakan kami menunjukkan kalau di Amerika, operasi saman AES di sana :


  • Hanya akan beroperasi pada waktu bekerja sahaja. Sumber : http://www.wbez.org/story/quinn-signs-speed-camera-bill-chicago-96152
  • Jika anda memandu 6mph 10mph (10km/h-16km/h) melebihi had laju yang telah ditetapkan, anda hanya perlu membayar separuh daripada jumlah USD100 (jumlah saman penuh yang dikenakan)
  • Jika anda di sana memandu hanya lebih1mph- 5mph (8km/h) daripada had laju yang telah ditetapkan, anda tidak perlu membayar apa-apa
Begitu juga di Singapura. Di Singapura….
  • Jikalau had laju yang ditetapkan sekitar 80km/h tetapi anda memandu 90km/h anda tidak akan dikenakan saman
  • Jika had laju yang ditetapkan adalah 90km/h tetapi anda memandu pada kadar kelajuan 100kmj, anda juga tidak dikenakan saman trafik
  • Ini kerana, mana-mana kelajuan yang melebihi 10kmj daripada had laju yang telah ditetapkan, barulah saman trafik akan dikenakan
Kalau di Malaysia, lain pula corak operasi saman AES yang cuba dilaksanakan…..
  • Di Malaysia, AES beroperasi selama 24 jam, 7 hari seminggu! Tanpa kenal erti penat lelah, tidak berhenti “bekerja” & terus bekerja untuk mencari mangsa seterusnya. “Alhamdulillah” berkat kerja keras pasukan AES Malaysia,sejumlah lebih 63,558 imej kesalahan lalu lintas berjaya dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 September 2012 lepas. Satu angka yang cukup lumayan….
  • Jika kesalahan anda berjaya dirakam AES atas kesalahan memandu melebihi had laju walaupun waima hanya lebih 1kmh sahaja, anda perlu membayar jumlah penuh saman AES yang dikenakan iaitu sejumlah (RM300)

Perbezaan Lokasi Papan Tanda Amaran Saman AES Antara di Malaysia VS Amerika? 

Saman AES Beza Saman AES di Malaysia (24 Jam Setiap Hari) VS AES Amerika (6am 9pm Waktu Bekerja Sahaja)?
Jikalau di Amerika Syarikat purata pendapatan rakyat di sana sekitar USD2500 sebulan, sebarang kesalahan yang berjaya dirakam kamera AES akan dikenakan denda maksimum sekitar US100 sahaja. Berbanding di Malaysia, rakyat Malaysia yang berpendapatan RM1800 sebulan perlu membayar saman AES sebanyak RM300 untuk kesalahan yang sama. Samada anda membawa 111kmj ataupun 150kmj. Nilai Rm300 itulah yang perlu anda bayar atas kesalahan melebihi had laju yang telah ditetapkan…
Nasihat kami, elakkan menukarkan nilai matawang US kepada matawang Ringgit Malaysia. Perbandingan yang terbaik adalah nilai pendapatan mereka VS jumlah bayaran saman AES antara kedua belah negara
Tambahan pula, setiap instrumen elektronik mesti mempunyai had ralat.AES Redflex contohnya mempunyai kesilapan + / -1 MPH (1.609km/h). Jika ada yang terperangkap dengan kelajuan melebihi 1kmh, kami cukup yakin & percaya akan ada pada masa akan datang akan membawa mencabar kes ini ke mahkamah! Kerana apa? Nah….inilah antara sebab negara lain yang melaksanakan zon penampan had laju dengan tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang ke atas mana-mana kenderaan yang hanya memandu lebih 1-5mph daripada had laju yang ditetapkan. Tetapi di Malaysia?
Lagipun, sistem saman AES bukan dibawah PDRM mahupun JPJ. Milik siapakah sistem saman AES ini? Jawapan: syarikat Swasta …Persoalannya, sejak bila SYARIKAT swasta ada kuasa dalam bidang penguatkuasaan undang-undang jalanraya? Semakan banyak saman, semakin banyak untung yang diterima oleh syarikat yang mengendalikan saman AES ini. Jadi, adakah ini dikatakan mendidik? 
Dan yang paling penting sekali, terma saman yangdigunapakai itu sendiri perlu difahami di mana dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 disebutkan begini…
“Jika seseorang pegawai polis, warden lalulintas atau pegawai pengangkutan jalan mempunyai alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa mana-mana orang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dia boleh, sebagai ganti daripada membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan saman, dengan serta-merta menyampaikan kepada orang itu suatu notis dalam borang yang ditetapkan memerintahkan orang itu supaya hadir di hadapan mahkamah Majistret yang berhampiran yang mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan itu, pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.”
Tidak semestinya sistem dan niat yang baik boleh memberikan kesan yang baik sekiranya tidak dilaksanakan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak membebankan.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Media Belia - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Inspired by Sportapolis Shape5.com
Proudly powered by Blogger