Showing posts with label fesyen. Show all posts
Showing posts with label fesyen. Show all posts

Bapa Perkosa Tiga Anak Perempuannya Kerana Ilmu Hitam

Friday, 26 October 2012



JAKARTA - Angkara ingin menguasai ilmu hitam, seorang bapa memperkosa tiga anak perempuannya secara bergilir-gilir selama lapan tahun. Isteri lelaki itu tidak dapat berbuat apa-apa walaupun mengetahui perbuatan suaminya.

Zaeni, 43, dari Cakung Jakarta Timur dibawa ke balai polis di sini Khamis lalu selepas perbuatannya itu terbongkar. Isteri suspek yang hanya dikenali sebagai Ka memberitahu dia sering melihat suaminya membakar kemenyan setiap malam Jumaat. 
“Saya sudah menasihatinya bahawa perbuatannya itu berdosa tetapi dia masih melakukannya,” katanya kepada wartawan.
Berdasarkan maklumat, ketiga-tiga anak perempuan suspek berusia 20, 19 dan 15 tahun. Perbuatan suspek terbongkar selepas anak bongsunya yang berusia 15 tahun memberontak ketika ingin diperkosa bapanya. Dia melarikan diri dan melaporkan kepada polis mengenai perbuatan bapanya selama ini.

Ekoran maklumat itu, sekumpulan polis bergegas ke kediaman suspek dan memberkasnya. Isteri suspek turut ditahan untuk siasatan lanjut. - Harian Metro

Jutawan China Buat film Seakan AVATAR



Seorang billionaire dari China, Jon Jiang telah melaburkan sebanyak £130 juta untuk menghasilkan filem ala Avatar. Namun hasilnya sungguh mengecewakan apabila cinematography yang lemah dan efek 3D yang sangat ketinggalan zaman seolah-olah kartun. 

Cerita yang berkisarkan cinta diantara seorang manusia biasa dengan seekor ikan duyung. Filem ini memakan masa 3 tahun untuk disiapkan dan menggunakan gadis Bond, Olga Kurylenko sebagai watak utama. 




 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Media Belia - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Inspired by Sportapolis Shape5.com
Proudly powered by Blogger