Kerajaan Negeri China baru-baru ini rasa kecewa dan marah dengan tindakan penganjur Chengdu International Autoshow 2012 dan pengeluar kereta yang menyertai pameran tersebut kerana menggunakan model yang hampir bogel untuk mempromosi kereta keluaran syarikat mereka..
Antara pengeluar kereta yang diberi amaran keras dan dikenakan tindakan oleh Kerajaan Negeri China ialah Kia, Toyota & Citroen..Ketiga-tiga syarikat kereta ini dikatakan telah menggunakan model yang hampir bogel untuk berdiri disebelah kereta yang dipamerkan supaya dapat menarik perhatian para pengunjung yang datang pameran tersebut..
Menggunakan model yang seksi dalam sesebuah pameran kereta bukanlah satu perkara yang baru di China kerana perkara ini telah terbukti dapat menarik minat para pengunjung untuk datang ke pameran tersebut tetapi apa yang dilakukan oleh ketiga-tiga syarikat ini sudah melampaui batas.
Aksi kurang sopan oleh model-model yang diupah oleh ketiga-tiga syarikat tersebut membuatkan pengunjung wanita dan kanak-kanak yang hadir ke situ rasa kurang senang dan malu..Oleh sebab itu Kerajaan Negeri China terpaksa bertindak supaya perkara seperti ini tidak berulang di pameran kereta yang akan datang..
Di Pulau Pinang, pameran kereta yang dianjurkan oleh Kerajaan DAP tak kurang hebatnya.. cuba tengok gambar dibawah ini...hebatkan??
KLIK SINI untuk melihat kehebatan Autoshow di Pulau Pinang..
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !