Himpunan Belia 2012: Dua Penonton Cedera Parah!

Tuesday 15 January 2013



Tragedi di Himpunan Sejuta Belia – Drag Racing Tajaan Umno-APCO
Dua orang cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku ketika sessi Drag Racing diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.
Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal.
Penganjur perlumbaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi sejurus insiden tersebut bahawa tiada kematian dilaporkan dan keadaan penonton yang cedera masih belum dapat disahkan.
Apa yang dikesalkan, penganjur tidak menyediakan kawalan keselamatan secukupnya, apabila penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan, dan hanya sebuah ambulans sahaja disediakan sebagai langkah keselamatan manakala pihak polis pula langsung tidak ada di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, sumber yang belum disahkan mengatakan seorang penonton maut dan kesahihan mengenainya masih dalam siasatan.
p/s : inilah akibatnya apabila program dipenuhi dgn maksiat, Allah tidak menurunkan barakah…
Takziah kepada mangsa dan keluarga. Tengok gambar dibawah ! Bangga sungguh !
Pengisian rohani dengan mendengar muzik? Habis apa guna zikir, baca al-quran, dengar tazkirah? atau aku ini ketinggalan zaman?
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Media Belia - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Inspired by Sportapolis Shape5.com
Proudly powered by Blogger