Seekor ular telah ditemui dalam bentuk fizikal yang pelik. Ular ini mempunyai fizikal berkepala dua tetapi tidak mempunyai ekor kerana kepala ular tersebut berada di kedua-dua hujung pangkal.
Melayukini.net – Pelik! Ular Berkepala Dua Tetapi Tidak Berekor? | Sebelum-sebelum ini kita banyak mendengar tentangular berkepala dua, berkepala tujuh dan lain-lain lagi. Namun itu semuanya kepala bercabang, tetapi kali ini adalah seekorular yang mempunyai dua kepala di bahagian kedua-dua pangkal. Oleh itu, ia dikenali sebagai ular yang tidak berekor. Menurut agensi berita tersebut, ular kecil itu ditemui oleh beberapa pekerja di rumah Savanna Logan dan adik lelakinya, Preston yang sangat meminati haiwan. Jom tonton video di atas.
Kedua beradik itu berkata, mereka sering membawa ular yang unik tersebut ke sekolah untuk ditunjukkan kepada kawan-kawan sejak haiwan itu ditemui.
Jabatan biologi berdekatan Sekolah Tinggi Ware Shoals mendapati, ular berkenaan merupakan sejenis ular tanah yang berkulit kasar.
Ibu kedua beradik itu, Tina Stewart berkata, satu daripada kepala ular itu lebih besar dan mendominasi kepala yang satu lagi, namun kedua-dua kepalanya boleh berfungsi.
“Jika kepala ular yang besar ingin melakukan sesuatu, maka satu lagi kepala akan melakukan perkara bertentangan,” katanya.
Meskipun mempunyai dua kepala, ular terbabit yang dikenali dengan nama saintifiknya, Virginia striatula, tidak berbisa dan tidak berbahaya kepada manusia.
Makanan utama ular tersebut adalah cacing tanah dan serangga kecil serta mampu membesar antara 22 sentimeter hingga 35 sentimeter.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !