[HAHAHA!!]-Lembu Mengamuk!

Saturday, 27 October 2012



HARI ini kebanyakan masjid dan surau melaksanakan ibadah korban.
Ini kerana semalam kebetulan Hari Raya Haji jatuh pada hari Jumaat, jadi banyak pentadbir dan pengurusan masjid membuat keputusan untuk menyembelih korban pada hari ini kerana masa agak suntuk.
Cuma kami berharap dalam kemeriahan melaksanakan ibadah itu, keselamatan pun harus dijaga.
Maklumlah, kebanyakkan yang terlibat adalah mereka yang dalam kategori ‘amatur’, mungkin tak biasa dengan cara dan ‘prosedur’ untuk ‘menewaskan’ lembu.
Lagipun nama pun binatang, bukan senang nak menjangka ‘reaksi’ ternakan ini.
Di masjid SS15, Subang Jaya, Selangor, seekor lembu dikatakan ‘mengamuk’ sewaktu hendak dikorbankan pagi tadi hingga menyebabkan seorang cedera.
Lembu itu dikatakan terlepas sebelum dikejar hampir satu kilometer oleh orang ramai.
Ketika melalui sebatang jalan di SS17/2, lembu tersebut menanduk seorang sukarelawan hingga menyebabkan dia terpelanting dan cedera.
Terima kasihlah pada anggota-anggota bomba dan pihak polis kerana berjaya mengawal keadaan yang pastinya kelam-kabut itu.
Bukan apa, takut lain yang hendak dikorbankan, lain pula yang terkorban.
Hati-hati ye bang!
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Media Belia - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Inspired by Sportapolis Shape5.com
Proudly powered by Blogger