Seorang guru di sebuah pra sekolah di Beijing telah dipecat jawatannya. Tindakan ini dilakukan berikutan pendedahan rakaman CCTV melihat guru tersebut melakukan penderaan terhadap anak muridnya.
Biar Betul! Cikgu Tampar Murid 120 Kali Dalam Masa 30 Minit | Tugas adalah untuk mendidik. Tetapi mendidik dengan kesabaran, bukan dengan kemarahan. Namun isu ini bukanlah mahu menuduh semua guru itu jahat, akan tetapi ingin menunjukkan kepada dunia tentang perilaku seorang gurukejam di Beijing. Guru prasekolah ini didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali. Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi. Boleh tontonvideo di atas.
Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi.
Insiden itu disiasat selepas seorang daripada bapa murid terbabit – cuma dikenali sebagai Han kehairanan apabila muka anak perempuannya merah dan bengkak. Media semalam melaporkan, Han pergi bertemu pentadbiran prasekolah berkenaan dan menuntut untuk melihat rakaman CCTV di situ.
Menurut Han, melalui rakaman berkenaan, dia melihat anaknya serta tiga kanak-kanak lain menjadi mangsa dera seorang guru.
“Dalam tempoh setengah jam, guru wanita terbabit menampar anak saya 43 kali, selain menendangnya dua kali,” katanya.
Mengenai tiga kanak-kanak lain, Han berkata, mereka masing-masing ditampar 43, 27 dan 10 kali dalam tempoh sama.
“Wanita itu tidak sepatutnya menjadi guru. Dia bukan manusia, tetapi jembalang!” katanya.
Menurut Han, bukan sekali anak perempuannya pulang dengan muka merah dan membengkak tetapi menyangka ia disebabkan kecederaan ketika bermain. Melalui rakaman itu, Han berkata, guru matematik terbabit meminta anaknya mencampurkan dua angka lebih daripada 10.
Apabila anaknya mengaku tidak tahu, guru terbabit menamparnya. Sementara itu, media China melaporkan, guru wanita itu dipecat dari sekolah berkenaan.
Baguslah pihak sekolah sudah memecat jawatan guru wanita tersebut, jika tidak sudah pasti ramai yang menjadi mangsa penderaan. Tidak salah untuk mengajar anak murid beserta cubit ataupun rotan, akan tetapi berpada-padalah jangan sampai ia seolah-olah sengaja mahu membalas dendam.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !