Belumpun memegang tampuk pemerintahan negara, Pengarah Strategi PKR (Rafizi Ramli) sudahpun mendedahkan perancangan sulit Anwar Ibrahim untuk merasuah rakyat secara besar- besaran.
Jika sebelum ini, terdapat sesetengah blogger Pakatan Rakyat mengatakan bahawa kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Barisan Nasional membentangkan bajet yang merasuah rakyat (KLIK SINI & KLIK SINI), Pakatan Rakyat nampaknya cuba menggunapakai strategi yang sama sekalipun belum memerintah!!!
Sekiranya benar ia adalah pemberian berbentuk rasuah, selaku gabungan pakatan yang turut dianggotai PAS, seharusnya Pakatan Rakyat lebih memahami halal dan haram memberikan rasuah.
Atau adakah Pakatan Rakyat sudah tidak menghiraukan lagi halal dan haram dengan alasan untuk menakluki Putrajaya?
Ikuti pendedahan yang dilakukan oleh Rafizi Ramli berhubung hajat Anwar Ibrahim merasuah rakyat di blog sahabat blogger GPB (KLIK SINI).
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !