Sememangnya apa yang baka PM kongsikan ini akan menyebabkan sebahagian lelaki berhidung belang tidak keruan dibuatnya.
Mimpi basah Nurul Izzah!!!
Jangan sampai ada yang salah sangka ye, mimpi basah yang PM nak kongsikan ini bukanlah basah akibat aksi rated X.
Mimpi basah yang PM maksudkan ialah mimpi berpeluh dek kerana bakal berhadapan dengan Raja Nong Chik pada PRU13 nanti
Teka teki siapa yang bakal bertanding di Parlimen Lembah Pantai berdepan dengan Nurul Izzah akhirnya terjawab dengan sokongan terbuka yang tidak berbelah bagi yang dilafazkan oleh Dato Sri Shahrizat Jalil.
Nampaknya Nurul Izzah bakal berdepan dengan laluan sukar untuk memenangi PRU13 akan datang kerana seterunya pada pilihanraya itu nanti adalah seorang yang sangat berkredibeliti selain merupakan calon anak tempatan yang dikenali ramai.
Taniah kepada Dato Sri Sharizat Jalil kerana anda sesungguhnya seorang pemimpin yang berjiwa besar. Mungkin kali ini bukan masa yang terbaik buat bekas menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu untuk bertanding semula, tapi tidak menjadi penghalang untuk membantu BN menang pada pilihanraya dengan kekuatan jentera wanita yang di ketuainya.
KUALA LUMPUR - Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyatakan sokongan terhadap Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Bekas anggota Parlimen Lembah Pantai itu berkata tiada siapa yang lebih layak selain Raja Nong Chik yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno kerana kerja kerasnya di kawasan Parlimen Lembah Pantai selama ini.
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat itu juga berkata: “Sebenarnya saya telah menyokong Datuk Raja (Nong Chik) sejak tiga tahun yang lalu, cuma hari ini saya umumkan.
“Ini kerana Datuk Raja Nong Chik telah bersama saya selama 15 tahun ketika saya menjadi ahli parlimen Lembah Pantai selama tiga penggal,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Raja Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar turut hadir pada sidang akhbar itu.
Shahrizat yang merupakan anggota Parlimen Lembah Pantai sejak pilihan raya umum 1995 setelah mengalahkan bekas ketua hakim negara Tun Mohamad Salleh Abas dari parti Semangat46 dengan majoriti 13,361 undi gagal untuk mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal ke-empat pada pilihan raya umum lepas.
Shahrizat telah dikalahkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar. Nurul Izzah mendapat kelebihan sebanyak 2,895 undi.
Raja Nong Chik berkata hubungan beliau dengan Shahrizat tidak pernah putus walaupun terdapat dakwaan bahawa beliau menjadi punca karier politik Shahrizat berakhir.
“Semasa dalam kabinet, saya duduk sebelah menyebelah dengan Shahrizat. Saya akui kadang-kadang saya ada perbezaan pendapat, tapi saya tidak pernah bergaduh dengan Datuk Seri.
“Sebenarnya yang nak sangat kami gaduh cuma pembangkang, mereka seboleh-boleh mahu Umno berpecah supaya mereka menang dengan mudah. Kalau parti Umno ini bersatu padu, mustahil mereka akan dapat menang,” katanya.
Sementara itu, Shahrizat juga menuntut Nurul Izzah menunaikan janji untuk memberikan elaun saraan dari RM600 hingga RM1,500 kepada suri rumah jika menang pilihan raya umum 2008.“Semasa kempen 2008, beliau menjanjikan elaun saraan kepada suri rumah, sekarang sudah empat tahun, mana dia janji-janji mereka?
“Ternyata ini adalah janji kosong mereka, asalkan mereka dapat menang pilihan raya, mereka tidak lagi mempedulikan rakyat,” katanya. - Bernama
click for more details
ReplyDeletehttp://stayreward.com/index.php?share=36781