KETANDUSAN IDEA UNTUK BERPOLITIK AKHIRNYA DISINDIR KAWAN FB

Wednesday, 24 October 2012

CUBAAN seorang Adun Barisan Nasional dari Melaka, untuk menyelitkan sentimen politik menjelang pertandingan akhir Bola Sepak Piala Malaysia 2012 mengundang padah apabila beliau menerima kutukan rakan-rakan di facebook.
Ghazale Muhammad, Adun Barisan Nasional Serkam itu cuba mengaitkan perlawanan akhir Piala Malaysia Kelantan melawan ATM sebagai PAS melawan tentera. Namun komen yang dianggap bodoh melalui akaun facebook itu dihujani kutukan demi kutukan sahabat-sahabatnya di facebook.




Nampaknya taktik politik murahan ini memakan diri. Kalau kita lihat penyokong Kelantan contohnya tidak kira fahaman politik sama ada PAS ataupun Umno, mereka boleh bersatu dan duduk bersama menyokong pasukan Kelantan.


Jika anda selalu ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak seperti ini, anda boleh lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana penyokong Umno dan PAS meskipun membawa bendera parti masing-masing, namun mereka duduk bersama menyokong Kelantan.


Namun Adun BN dari Melaka ini yang jelas diketahui bahawa sukan bola sepak negerinya sendiri lingkup gara-gara campur tangan orang politik cuba menanam kebencian kepada penyokong bola sepak Kelantan.


Meskipun Negeri Kelantan ditadbir oleh Parti Islam, PAS namun pengurusan Pasukan Bola Sepak Kelantan tetap di bawah pengurusan orang kuat Umno. Kerana apa? Kerana Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan tahu, orang kuat Umno itu lebih berkelayakan.


Kalau korang rasa-rasa berhajat nak berikan pendapat bolehlah tinggalkan komen di wall Adun BN ini, klik sini [facebook]



sumber
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Media Belia - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Inspired by Sportapolis Shape5.com
Proudly powered by Blogger