Samada kebanyakkan mereka telah mula sedar bahawa selama ini mereka diperbodohkan pemimpin UMNO atau upah semakin berkurangan.. entahlah...
Ketibaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama-sama Menteri Besar, Khalid Ibrahim disambut meriah oleh lebih 1,500 rakyat yang sudah menanti ketibaan pemimpin Pakatan Rakyat sejak jam 1 tengah hari lagi di Sungai Besar, Selangor.
Bagaimanapun, samseng Umno yang dianggar lebih 10 orang mula melakukan provokasi memegang sepanduk mengecam Anwar konon dia tidak diterima di parlimen tersebut.
Insiden sama berlaku awal pagi tadi di Bandar Tun Razak di mana samseng diupah Umno membuat bising dengan membunyikan hon motosikal masing-masing tetapi tidak dihiraukan penyokong yang sudah tiba sejak jam 9 pagi.
Anwar berucap di hadapan sebuah restoran di pekan Sungai Besar sambil skuad keselaamatan memantau pergerakan samseng Umno bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Rakyat pelbagai kaum tidak menghiraukan cuaca yang agak panas mendengar amanat Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat malah ada yang berteduh di beberapa buah khemah yang disediakan khas bagi memberi sedikit keselesaan kepada mereka.
Sebelum itu, orang ramai tidak melepaskan peluang untu bersalaman dan bergambar dengan Anwar serta Khalid yang ceria melihat sambutan hebat walaupun mendapat maklumat kehadiran bas jelajah tersebut kurang seminggu lalu.
Pengerusi KEADILAN Selangor yang juga timbalan presiden, Azmin Ali dijangka tiba bila-bila masa dari sekarang bagi menyertai rombongan bas meneruskan perjalanan ke parlimen Sabak Bernam dan Hulu Selangor selepas ini ~
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !