Dengan tersebarnya rakaman ini, PM amat pasti kerusi empuk yang selama ini selesa diduduki Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman kini dirasakan semakin kurang umphnya.
Malah harapan Mansor untuk terus memperolehi mandat selaku TKM1 selepas PRU13 nanti juga sudah pasti tidak akan tercapai.
Apa yang pasti, tindakan "bodoh luar kawalan" yang ditampilkan Mansor itu sememangnya bakal mendatangkan bahana yang bukan sedikit kepada dirinya.
Berdasarkan maklumat yang sampai kepada PM, Malek Kassim a.k.a. Malek Itek sudahpun bersedia untuk mengambil alih jawatan yang bakal dikosongkan Mansor itu. Betul ke ni?
Kalaulah itu menjadi kenyataan, maka melayu Pulau Pinang akan terus "makan kuah" lah jawabnya.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !