Rokok Boleh Menguruskan Badan

Wednesday, 31 October 2012


 
 
Rata -rata wanita di Malaysia mempercayai merokok boleh mengawal selera makan.Oleh yang demikian mereka boleh mengurangkan pengambilan makanan dan sekaligus mengawal berat badan.Dengan menganggap demikianlah maka bilangan perokok wanita di negara kita meningkat 100% pada 2003 berbanding 1996.
 
Ada juga menganggap dengan merokok mereka meletakkan mereka setaraf dengan kaum lelaki.Jika wanita boleh melakukan sesuatu yang lelaki boleh lakukan merupakan satu kebanggaan.Sebenarnya merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi merosakkan struktur kulit.
 
Menurut kajian perokok wanita mempunyai kadar lebih tinggi untuk di jangkiti oleh kanser paru-paru ,penyakit jantung serta barah payu dara berbanding dengan mereka yang telah berhenti atau tidak menghisap rokok.
 
Wanita yang merokok juga mengalami masalah dalam kehamilan kerana mereka lebih s\cenderung memiliki telur yang rosak.
Tabiat merokok sebenarnya tidak  baik kepada semua baik lelaki atau wanita.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Media Belia - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Inspired by Sportapolis Shape5.com
Proudly powered by Blogger