BARISAN PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT!!
Bajet 2013 yang dibentangkan pimpinan Pakatan Rakyat amat menekankan aspek kebajikan rakyat tanpa memerlukan beban hutang kepada kerajaan.
Ketua Penerangan PKR Dr. Muhammad Nur Manuty berkata, belanjawan tersebut selaras dengan gabungan kerjasama 3 parti pembangkang itu yang meletakkan pembelaan kebajikan rakyat sebagai dasar utama.
“Belanjawan kali ini lebih konkrit dengan mensasarkan bebanan yang ditanggung rakyat. Semua yang diumumkan itu berkenaan kebajikan rakyat bermula daripada pengurangan kos hidup sehinggakan caruman kepada golongan isteri. Caruman Wanita Nasional itu selaras dengan kehendak Islam yang menuntut keutamaan suami membela hak isteri,” katanya menerusi laman Keadilan Daily.
Beliau turut menjelaskan, kandungan Belanjawan 2013 yang dibentangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempamerkan kebijaksanaan pimpinan Pakatan dalam mencapai matlamat mengawal sepenuhnya kadar inflasi dan menurunkan hutang.
“Saya pasti rakyat gembira jika belanjawan ini terlaksana kerana mereka akan dapat menarik nafas lega terutama bebanan hutang kenderaan dengan mengurangkan harga kereta. Kos hidup juga menjadi semakin rendah, banyak yang akan Pakatan laksanakan daripada menghapuskan tol sehingga memberikan pendidikan percuma. Ini yang dikatakan sebagai rakyat didahulukan,” katanya lagi.
Pakatan sebelum ini telah menggariskan 7 teras utama iaitu reformasi dan ketelusan GLC, membina daya saing ekonomi, mengangkat martabat wanita, hasil minyak untuk negeri, menurunkan harga kereta, reformasi membanteras jenayah dan perumahan untuk rakyat.
Belanjawan 2013 Pakatan yang bertemakan ‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat’ itu juga mengandungi beberapa tawaran baru yang menarik termasuklah melibatkan : -
- Peruntukan RM3 bilion setiap tahun melalui Caruman Wanita Nasional.
- Penubuhan syarikat minyak negeri antaranya PetroSabah, PetroTerengganu.
- Reformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk membubar 1MDB yang fungsinya bertindih dengan Khazanah.
- Penubuhan Perbadanan Perumahan Negara bagi meyediakan rumah mampu milik secara besar-besaran.
- Penurunan Harga kereta melalui pengurangan cukai eksasis sebanyak 20 peratus, selain sistem bidaan AP dibuat secara terbuka sehingga 2015 sebelum ia dihapus.
- Mengalih sumber manusia dan kewangan polis kepada membanteras jenayah selain kenaikan gaji lima peratus kepada anggotanya.
- Kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka bakal membentangkan Bajet 2013 Kerajaan Malaysia di Parlimen pada petang ini.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !