Jalan yang boleh menyala dalam gelap dan mungkin pada suatu hari mampu mengecas kereta elektrik anda telah ditetapkan untuk diperkenalkan di Belanda mulai tahun hadapan.
Jalan yang dikenali sebagai "Smart Highways" ini telah diumumkan minggu lepas pada Minggu Reka Bentuk Belanda dan akan menggunakan teknologi terkini. Menurut pereka nya, ia akan menjadi sebuah jalan yang "lebih mampan, selamat dan intuitif."
Syarikat-syarikat di sebalik projek ini berkata, matlamat mereka adalah untuk menghidupkan sebuah inovasi laluan pengangkutan biasa dengan memberi tumpuan kepada jalan raya itu sendiri berbanding kenderaan yang menggunakannya.
Idea ini mungkin telah ketinggalan beberapa tahun ke belakang, namun mulai tahun hadapan, jalan raya di seluruh Belanda akan dicat dengan garisan yang diperbuat daripada serbuk foto-pendarkilau yang boleh menyerap cahaya teknologi untuk menerangi jalan raya sehingga 10 jam semalaman.
Satu lagi teknologi yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan juga adalah cat dinamik yang responsif terhadap suhu yang akan membuat kan kristal ais boleh dilihat oleh pemandu apabila cuaca sejuk membuatkan jalan menjadi licin.
Idea yang dibangunkan oleh sebuah firma Belanda, Studio Roosegaarde and Heijmans Infrastructure ini telah pun dinobatkan sebagai 'Konsep Masa Depan Terbaik' pada Anugerah Reka Bentuk Belanda baru-baru ini.
Walaubagaimana pun, masih belum ada lagi maklumat mengenai lorong kenderaan yang boleh mengecas kenderaan elektrik sewaktu membuat perjalanan, itu berkesan.
Studio Roosegaarde berkata dalam satu kenyataan, "Daripada memberi tumpuan kepada kereta untuk berinovasi, kami, Daan Roosegaarde dan Heijmans akan menginovasi jalan raya itu sendiri."
"Reka bentuk inovatif seperti jalan yang boleh menyala dalam gelap, cat dinamik, cahaya interaktif, Induction Priority Lane dan cahaya angin akan dapat direalisasikan dalam tempoh 5 tahun yang berikutnya."
"Matlamat jalan raya ini adalah untuk membina sebuah jalan raya yang lebih mampan dan interaktif dengan menggunakan pencahayaan interaktif, tenaga pintar dan tanda-tanda jalan yang boleh menyesuaikan diri dengan keadaan lalu lintas tertentu."

Read more: http://ceritaapakah.blogspot.com/2012/11/smart-highways-jalan-raya-masa-hadapan.html#ixzz2B77XPlfk
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !