Lindsay Lohan Liar sebab Dahulunya Ibunya Pernah Dirogol

Wednesday, 16 January 2013



Dina Lohan yang merupakan ibu kepada pelakon liar Hollywood, Lindsay Lohan, memberitahu bahawa perlakuan liar anaknya itu adalah disebabkan pernahnya berlaku insiden gelap ketika Lindsay berada di zaman kanak-kanaknya.

Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Dina mengambil keputusan untuk membuka mulut dengan berkata, perlakuan liar anaknya itu berpunca dari sikap bapanya sendiri, Michael Lohan yang sangat kasar.

Dina turut mendedahkan bahawa dia pernah dirogol oleh Michael pada tahun 1990 yang pada ketika itu berada di bawah pengaruh dadah. Ketika itu Lindsay tidur sebilik dengannya.

Walaubagaimanapun, kejadian yang dikatakan berlaku selepas mereka berpisah itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak Michael yang berkata tidak pernah melakukan kekerasan sepanjang perkahwinan ataupun selepas berpisah.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Media Belia - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Inspired by Sportapolis Shape5.com
Proudly powered by Blogger